Wednesday, December 22, 2010

KURIKULUM

KURIKULUM PRASEKOLAH PENDIDIKAN TAJ DISEDIAKAN
BERDASARKAN KEPADA KESESUAIAN DAN KEMAMPUAN
KANAK-KANAK YANG BERUSIA 5 DAN 6 TAHUN.

KURIKULUM TAJ JUGA BAKAL MEWUJUDKAN SATU PROGRAM
BARU IAITU PINTAR AL-QURAN YANG AKAN MULA
DILAKSANAKAN PADA JANUARI 2010.

1.    PINTAR AL-QURAN
2.       ASAS FARDHU AIN
3.       ASAS PENDIDIKAN JAWI
4.       ASAS BAHASA ARAB
5.       ASAS BAHASA MELAYU
6.       ASAS BAHASA INGGERIS
7.       ASAS MATEMATIK
8.       ASAS PENDIDIKAN SAINS
9.       ASAS PENDIDIKAN SENI
10.   ASAS PENDIDIKAN JASMANI

SEJARAH TAJ

Sekolah Agama Parit Markom terletak di 
Kampung Parit Markom Benut Pontian, Johor. 
Sekolah ini dikategorikan sekolah Gred C yang 
mempunyai bangunan sendiri. Kedudukan sekolah 
yang strategik ditengah-tengah kampung berdekatan 
dengan masjid.

Sekolah Agama Parit Markom mempunyai 
Tadika Agama Johor yang telah ditubuhkan pada 
tahun 2002. Pada awal penubuhannya, tadika di
sekolah ini hanya mempunyai seorang sahaja tenaga 
pengajar dengan mempunyai seramai 15 orang murid.

Setiap tahun pelajar TAJ semakin meningkat dan pada
2010 jumlah murid bertambah kepada 27 orang 
murid dengan tenaga pengajar yang sama

KEISTIMEWAAN

Menguasai kemahiran asas Al-Quran,
      Jawi dan Fardhu Ain.

Mengamalkan budaya hidup Islam.

Menguasai asas Bahasa Ibunda,
      Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

OBJEKTIF

Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, 
       bangsa dan negara.

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan 
      seharian.

Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan 
      pembacaan Al-Quran dan dapat mengenal huruf-huruf 
      hijaiyah dengan baik.

Membentuk konsep diri yang positif  serta memupuk
      semangat bergaul, disamping menghormati dan 
      menghargai hak dan kebolehan orang lain.

Menanam kemahiran asas Bahasa Melayu
      Bahasa InggerisBahasa Arab, Matematik dan Sains.

MATLAMAT

Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.

PENGENALAN

v    Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitik beratkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan.
v   Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah Sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih.